Ahad, 18 Julai 2010

Inna Lillahi wa inna ilahi raji'un......

assalamualaikum.....

perjalanan hidup ak kali nie.... pergh.. gmapk dowh... ak x menyangka ak akan dapat "skrip" yang begitu hebat karya daripada ILAHI yang telah ditetapkan sejak di mega sakti LOH MAHFUZ.... perjanjian yang aku lakukan bersama ALLAH ketika aku masih di kandungan mama lagi... yang menentukan segalanya... REZEKI,JODOH,MAUT... kalau nak diikutkan, semuaNya adalah kuasa daripada Ilahi yang menentukan segalanya.. kita sebagai hambaNya, haruslah taat dan tidak berbelah bahagi kepercayaan kita iaitu IMAN kepada PEMILIK SEGALA-NYA... ALLAH S.W.T.... Allah Maha Kaya, menjadikan segalanya cukup indah dan tersusun dalam perkiraanNya....

tika aku gelisah mencari apa yang sebenarnya aku inginkan dalam hidup aku.... aku menjumpai apa sebenarnya aku inginkan dalam kehidupanku... tipu lar aku cakap aku gembira dengan kehidupan aku ketika ini, adakalanya kehidupan aku pun suram dengan peristiwa-peristiwa yang kurang menyenangkan kehidupanku...

saat bergelar pelajar universiti, rupa-rupanya pelbagai ragam dan perangai yang akan kau jumpe... pelbagai jenis bentuk jenis manusia dapat kau kenal dan mengerti, dan aku juga belajar mengenai kepimpinan dan kehidupan yang sebenarnya, dalam erti kata, atau dari kaca mata diriku bergelar seorang mahasiswa.

aku juga mengenal erti kata hati yang sebenarnya.... sedih,suka,sayang,marah,penat dan sebagainya... asam garam dalam aku menjalani kehidupanku sebagai seorang mahasiswi.... kini, aku bersyukur, aku menemui insan-insan yang membawa aku kembali kepadaNya... CINTA yang patut kejar.... selain daripada belajar... aku kini merasakan aku ingin berada dekat denganNya...

tika aku menyendiri, DIA hadir menemaniku dengan KASIH SAYANG daripadaNya... tika aku lalai dengan suruhanNya... DIA tetap menemaniku.... setiap janji dan perintahNya... kadang kala aku sebagai hambaNya.. aku alpa dan lalai... keseronokan dunaiwi yang diberi, membuatkan aku lupa seketika kepadaNya.... Namun, setelah DIA menguji aku dengan ujian dan tekanan yang diberikan... aku jadi lemah tak berdaya... pada siapa patut aku mengadu??? dan sepatutnya... kepadaNya lar aku patut merayu dan merintih... kepada DIA juga patutnya aku mengadu segalanya.....

YA ALLAH... aku bersyukur KAU masih lagi memberi hidayah dan petunjukMu kepadaku lagi.... aku sedar.. aku sibuk mencari cinta manusia.. ketika aku mencari duniawi.... aku menjadi lupa... NAMUN... aku tak nak kehilangan CINTAMU yang kekal abadi...YA ALLAH... aku rela kehilangan cinta manusia daripada aku kehilangan CINTAMU, YA ALLAH...

benarlah kata SYED ALWI ALATAS..."raihlah apa yang bermanfaat bagimu, minta tolonglah kepada ALLAH dan jangan bersikap lemah..."(petikan daripada "BILA ALLAH MENDUGA KITA"). aku sering kali berkata " kalaulah aku buat macam nie..." tapi sebaliknya ia merupakan silap.. kerana ALLAH telah mentakdirkannya, dan apa yang dikehendakiNya pasti akan terjadi... MasyaALLAH... aku khilaf YA ALLAH.....

aku patutnya yakin dengan sesungguhnya, bahawa apa yang telah ditetapkanMu adalah yang terbaik buatku... perjalanan kehidupanku telah disusun oleh Engkau dengan dengan izin daripadaMu juga.. aku seharusnya berusaha supaya dapat keredhaan daripadaMu... ISLAM IS THE WAY OF LIFE... ISLAM ITU INDAH DAN SEBENARNYA ISLAM ITU SANGAT SENANG....

p/s: kita semua sepatutnya kini membuat persediaan... kita tidak tahu bila kita akan dipanggil menghadapNya... semoga aku dalam keadaan yang bersedia, apabila dipanggil menghadapNya.... amiinn... namun sebelum itu, izinkan aku menjadi seorang anak yang solehah, isteri solehah dan ibu kepada anak-anakku... dan paling penting seorang muslimah..... itu impian aku Ya Allah... aku juga mahu membuat sesuatu perubahan pada ekonomi Islam.. insyaAllah.....dan semuanya berrlaku seperti yang ditakdirkan dan apa yang dikehendakiNya, pasti ia akan berlaku juga....