Rabu, 5 November 2014

Bila Cikilah berkarya semula... Alhamdulillah....

Alhamdulillah... 

Perkataan pertama yang mampu ku ucap sehingga ke saat ini. Jatuh bangun aku dalam kehidupan mematangkan diriku. Saat aku jatuh, masih ada lagi insan yang sanggup bersama memberi semangat... Ye betul.. tiada siapa dapat menafikannya. Kawan ketika senang, ramai dan senang kita cari.. tapi kawan tika kita jatuh.. tiadalah galang ganti.. terima kasih sahabat... aku tahu aku seorang yang degil, mungkin seorang yang cakap besar dan berbagai masalah yang aku sendiri cipta bagi menyusahkan diri sendiri dan orang lain...

Pengalaman 'extend studies' memang tak dapat dilupakan... di saat rakan sekuliah yang lain menyarungkan jubah konvo, aku hanya mampu tersenyum bangga melihat mereka... namun di hati? Siapa tahu.. memang padan dengan muka aku.. siapa suruh aku main-main lagi kan... tapi bila aku fikir balik, ada pro dan cons... takpelah dah rezeki ak segitu, nak buat macam mana kan... tapi di saat aku extend pun, ada jugak mulut-mulut dan mata-mata.... owh... sakit hati mengingatkan perkara tu balik... aku hanya insan biasa yang akan mengulangi kesilapan setiap kali aku melakukan kesilapan.. kesabaran aku hanya memendam dan tika saat aku rasa nak meletop, aku meletop... xde meletop sangat pun.. aku jenis yang tak pandai nak meletop sangat pun... paling-paling aku menangis sepanjang malam pastu aku tak akan bercakap dengan sesiapa sampai aku rasa aku tenang dengan sendiri. Paling kejam aku pernah buat pun, duduk terkurung dalam bilik, pasang headphone kuat-kuat... tu jer.. xde lar sampai extreme... tapi extreme lar jugak, sbb ak pernah di diagnose dengan sindrom minor anti sosial + depression.... serious kan... hahaha... tergelak balik aku bila aku ingat balik... Macam mana aku baik dari penyakit mental tu pun, aku tak sure... Seriously, kalau that sindrom happen to you guys, better prevent it before it become worse.

University life memang seronok.. tak dinafikan 'culture shock' akan berlaku.... semua terpulang dekat kita macam mana kita nak handle perkara tu... aku biasa jer... well.. sebab aku hanyut lar.. tu yang ak kantoi tu... nothing wrongs... be cool... pengalaman mengajar kita erti dewasa... kalau zaman universiti, bercinta memang tak dapat lari.. aku?? Failed sungguh... setakat di reject...  kecik punyer hal... standard lar manusia... aku nak cakap standard gak ni, kalau x sebab rupa.... adoi... tak jumpe lagi orang yang betol-betol ikhlas beb... the end aku tahu jugak sebab apa aku direject... sebab tu orang tua pesan, sebab mulut badan binasa... terlajak perahu boleh di undur, terlepas cakap, tanggung sendiri.. kalau dah menyakitkan hati orang tu dan orang tu tak maafkan... menjawab lar.... aku tak kisah dah sekarang ni pasal jodoh.. aku tahu jodoh tu ada, tapi masa untuk aku belum sampai lagi... jadi aku be cool jelar... manusia mana tak cemburu... tue adalah normal... memang normal untuk jelous orang yang dah berpasangan, tapi tak kuasa aku nak jelous dengan pasangan yang tak sedar diri... berkasih sayang bagi nak rak.. break up.. last-last sumpah seranah... tolonglah....  sekarang aku selesa macam ni... biarlah aku macam ni.. semoga suatu hari nanti aku dipertemukan dengan jodohku.... amiinn...

Semua benda yang terjadi dalam kehidupan ada hikmah yang tersendiri... apa yang terjadi dekat aku ada perjalanan hidup yang telah tertulis. Aku hanya menjalani dengan pilihan-pilhan yang aku sendiri pilih... sebab kita sendiri yang mencorak kehidupan kita berasaskan apa yang telah tertulis untuk kita. Kalau kita gembira, grmbiralah kita, kalau kita pilih susah, susahlah kita... janji bahagia dengan pilihan masing-masing... macam pilihan aku nak kerja dengan persatuan orang buta malaysia ni...  macam-macam aku belajar.. paling penting, hari-hari aku dapat menginsafkan diri aku.. seriously.. kalau orang buta boleh teruskan kehidupan mereka.. apatah lagi kita yang sempurna ni... walaupun nikmat penglihatan mereka ditarik semula oleh yang Maha Kuasa, tapi semua tu tak pernah lunturkan semangat diorang untuk teruskan kehidupan seperti manusia normal yang lain.



Bersambung....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan